Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, January 31, 2011

Site ku dilanda banjir..

As Salam kwn2..sejukkan sejak 3,4 arini..tue la kite tazkirah pg2 nie,byk sgt kite lakukan kemusnahan & kerosakan dimuka bumi nie..so ingatlah,setiap kejadian yg Allah swt ciptakan pasti ada hikmah disebaliknye..ini semua adelah peringatan supaya kite sentiasa mengigatiNye..mengerjakan segala Amalan..kite selalu mengeluh apabila ditimpa kecelakaan @ bencana..tp pernah ke kite ingat,ape yg kite telah lakukan sebelum tue??..so amek iktibar pd segala yg berlaku..byk2kan beristigfar..semuga Allah sentiasa memelihara kehidupan kite semua didunia & diakhirat..
last but not least,..korang tgk la pic site photo aku nie..aku sentiasa update progress work kat site aku nie..tp arini aku g...access road aku da collapse..truk dibawa arus sungai yg deras..



Monday, January 17, 2011

Will u Marry me???

sambil aku mendengar lagu dia milikku-yovie nuno..teringat aku pd surat yg penah aku layangkan pd sidia..hehe..

Kepada Si Teruna Idaman (bukan nama sebenar..)hehe...... ..



Calon suami saya, calon ayah anak-anak saya, calon menantu Ibu dan Ayah saya dan calon adik ipar buat akak dan abg saya..


Assalamu'alaikum Wr Wb
Mohon maaf kalau awk tidak suka dgn kehadiran surat ini . Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir.Barulah dibuang ke,dikoyak ke,dibakar ke surat ini. Saya Si Dara Pujaan (bukan nama sebenar).. menginginkan awk, Si Teruna Idaman untuk menjadi suami saya, ayah anak-anak saya, menantu Ibu dan Ayah saya dan adik ipar buat akak dan abg saya..
Saya bukan siapa-siapa pun,saya hanya manusia biasa yang dilahirkan di Malaysia dan merupakan anak yang ke-4 dari 4org adik beradik. Saya tidaklah terlalu pandai,cukuplah sekadar,berjaya di dunia & diakhirat dan pemenang dlm hati kedua-dua ibu ayah saya.Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja atau x. Tapi yang pasti saya akan berusaha membantu awak mencari rezeki untuk mencukupi keperluan bakal keluarga dan anak-anak kita kelak.
Saya tidak memiliki apa-apa harta,melainkan ilmu yg saya pelajari di kampus dan ilmu yang ibu ayah saya bekalkan kepada saya sejak kecil lagi. Sekarang ini saya menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamanya.Yang pasti, saya harap kita akan berusaha bersama-sama membina teratak keluarga kita sendiri agar anak-anak kita tidak kepanasan dan tidak berhujanan di waktu malam.
Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan.Saya menginginkan awak untuk mendampingi saya,menjaga saya,dan membantu saya untuk menutupi kelemahan dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.. Cinta dan sayang saya juga biasa aje..Oleh kerana itu. Saya menginginkan awak supaya membantu saya memupuk dan menyemarakkan cinta dan sayang saya ini agar menjadi luar biasa.Saya tidak tahu adakah kita nanti dapat bersama-sama sampai akhit hayat kita,kerana saya tidak tahu suratan qada’ dan qadar dan ketentuan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha untuk menjadi seorang isteri dan seorang contoh ibu yang baik kepada awak dan anak-anak kita kelak.
Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sebaik mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memilih awak kerana Allah dan yang pasti bagi menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini.


Amin .. Wassalamu'alaikum Wr Wb.


Dari se0rang Insan yang Menyayangimu,
-Kasih Kirana-



Image and video hosting by TinyPic

Saturday, January 15, 2011

Amalan Murah Rezeki

Munink u ollss..
xde ape yang nak aku tulis kat entry arini,just nak share 1 artikel utk amalan kite bersama..InsyaAllah..:) dari korang duk mengadap komputer arini,smbil edit2 photo,reply email,..cube amalkan nie...ok2 selamat beramal ye!
20 Amalan Murah Rezeki..



Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:


1. Menyempatkan diri beribadah


Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:


"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


2. Memperbanyak istighfar


Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:


"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)


3. Tinggalkan perbuatan dosa


Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:


"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)


4. Sentiasa ingat Allah


Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:


"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)


5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa


Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:


"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)


Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:


"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah


Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:


"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)


7. Tunaikan hajat orang lain


Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:


"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)


8. Banyak berselawat


Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.


9. Buat kebajikan banyak-banyak


Ibnu Abbas berkata:


"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."


10. Berpagi-pagi


Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11. Menjalin silaturrahim


Nabi s.a.w. bersabda:


"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)


12. Melazimi kekal berwuduk


Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:


"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)


13. Bersedekah


Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:


"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


14. Melazimi solat malam (tahajud)


Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .


15. Melazimi solat Dhuha


Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:


"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16. Bersyukur kepada Allah


Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:


"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)


17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu


Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.


Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.


Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.


18. Berdoa


Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19. Berikhtiar sehabisnya


Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)


Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20. Bertawakal


Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:


"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)


Nabi s.a.w. bersabda:


"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)


Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)


Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Image and video hosting by TinyPic

Thursday, January 13, 2011

~~Pengumuman!!!..S0k C0ti!!!

Happy Bufday TO You!!!
Pengumuman!!!..Pada semua penduduk yg menduduki dlm ke penjuru negeri sembilan ini,es0k c0ti..ini adalah disebabkan bufday sultan kot..aku pun xberape sure..tp yg aku leh kompemkan,sok coti..hehehe..pada negeri2 yg berade disebelah kiri +kanan seperti btg melaka,tampin tue..maaf la yer..korg kena koje ler sok...hahaha...
jam pendek da menujukkan pukul 5pm dan jam pjg da menunjukkan ke no 2..so time for back to my hometown!..miss my cats..muah2!!..
tatata..

Image and video hosting by TinyPic

Wednesday, January 12, 2011

Raja Lawak ooo Raja Lawak

07/01/2011-Friday,..bermula al-kisah al Raja Lawak Punya angkara..hehe......adakah anda da saksikan persembahan mereka?so ape pendpat korang?ade kelainan x raja lawak tahun nie???..aku nie da lame xtgk raja lawak sejak nabil menang dulu..coz siri raja lawak pastu da xde "kick" aku nak tgk..coz kekdg tue tgk lawak diaorg terpk sat..nak gelak ke nak ckp.."sian diaorg eik.." bkn senang ooo nak bg org gelak..kekdg kite pk da cukup lawak..tp smpai atas stage org xgelak..aduh!! kesian..kesian..

so..logo raja lawak still same dr raja lawak 1 hingga lah yg ke 5 nie..



 Pengacaranye yang terlebih-lebih idea lawak...x lain xbukan ialah....J0han + Zizan == Jozan
diaorg nie,idea lawak mmg mencurah2..rezeki diaorg pun stat dgn raja lawak nie..uhuh..

let's continue dgn peserta-peserta raja lawak ke 5 nie..seramai 4 peserta perseorangan lelaki iaitu:
* Leman
* Epy
* Man
* Nazmi...hehehe..(aku lupe...)

then,pada tahun nie ade group perempuan 1 dan berkumpulan lelaki 7,masing-masing iaitu:
* R2
* Pukau
* Bobo
* Kami
* Balas
* Kopio
* TBO
* Lucky..

pada aku yg terbaek persembhn pd mlm tue ialah,:Nazmi..tp mase rating tue,dia last chart..uhuh..hope pengundi masih mampu membantu mereka yg berbakat..coz kalo nak harapkan aku nie..mmg x lah..coz aku nie penonton & penkritik jer..hahahaah..bkn pengundi..:p

selamat berhibur
wasallam..
Image and video hosting by TinyPic

Kawen..Kawen..Kawen..

selamat petg semua blogger diluar sane..s0 bikin ape arini?..da beberapa hari da x tulis ape2 kat entry aku nie,bukan ape..bz la 2,3 arini..ade dismantle bridge d gemas..so kena ikot bos,stay kat site smpai mlm..selamat la "en bodyguard" ade..uhuh..leh ngintai2 si dia..hehehe..entry aku diptg yg xberape nak ade mood nie..aku ngantuk sbnarnye nie..smlm blik lewat sgt,aduh!!...kawenn..kawen...kawen..hehe..
this entry aku nak share ngan korang coz umur aku tahun nie da nak masuk 29thn,wlpun lmbt lg..tp when masuk ke new year,automatic umur pun bertmbh lg sethn..hehehe..nak bercerita psl kawen nie,dulu kocik-kocik selalu ke main kawen-kawen..hehe..leh dkatakan anak jiran aku tue aku da kawen..itu mase kecik2..xtau ape2 lg..tp bile da besau nie,jiran2 n sedara mara sibuk tanye bile aku nak kawen,bkn xnak kawen la makcik2..pakcik2..n jiran2 tetingkap ku..lom smpai jodohnye sy nie..kalo ade nanti insyaAllah,sy sendiri akan g menjemput..hehe
mybe disebabkan aku nie anak bongsu,ibu aku xpernah tanye bile nak kawen..akak n abg aku pun same..tp stat akhir tahun lps,tibe2 ayah aku ckp ngan aku.."rumah kite da nak dkt 10thn xde kenduri kawen lps akak ko kawen aritu.."..waaaaa...waaaa...bapakku nak suruh aku kawen ler tue..hahaahahha..aku just senyum jer pas ayah aku ckp gtu..uhuh..nanti kalo ade kad kawen aku,nanti aku jemput korg dtg yer..uhuh

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amru ra. bahawa baginda Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah wanita solehah". (Hadith ini adalah hadith sahih riwayat Muslim No. 1467 dan Nasaie, Ibn Majah dan Ibn Hibban serta lain-lain).




Image and video hosting by TinyPic

Monday, January 10, 2011

Aduhai....AJL ke 25

munink u olls....arini aku dtg opis lmbt ckit,coz smlm bertungkus lumus menunggu announce from FBI,elly is and sherry samad utk AJL ke 25...uhuh..pyh tol nak bgn pg td..aduh,ape2 pun pd aku anugerah AJL tahun nie mejoriti persembahan diaorg biasa2 jer..kalo yg besh pun,hafiz af..mmg power gak vocal dia,n faizal tahir nye persembahan..yg len..baek aku tkr channel time diaorg nyanyi..uat memeriahkan majlis leh r..tp yg menarik minat aku nak tgu smpai abes ialah,open ceremony tue...persembahan dr juara2 AJL yg lame2 tue..besh2..lame x dgr diaorg perform live..but stil mantap lg r vocal diaorg..hehehe..then xlupe jgk persembahan dr pn ct,kak pah n kak ziana zain..peh!..ziana zain vocal mmg besh,mantain mcm dlu..bju pun cntik..tp artis lg lg dua org tue..cube korang tgk btl2..ape perubahn diaorg berdua...hehhee..erm..manusia2..xpenah bersyukur dgn ape yg Allah swt da berikan pd diaorg tau..



n kalo korang tanye aku berapa star aku nak bg utk AJL 25 smlm,kalo dr 10 star..aku bg 6 1/2 jer..hehehe..bleh dperbaiki la..myb aku xtgk menyeluruh AJL 25 smlm,coz sib0k tgk serasi bersama...sweet tol r tgk rancangan nie tau...utk korg yg xde astro,cpt2 la psg astro...coz rancangan nie menunjukkan keserasian psgn artis..hehehe..ok2..layan jer...:)
Image and video hosting by TinyPic

Tuesday, January 4, 2011

Ohh..Johnny Deep ku..The Tourist~~

Image and video hosting by TinyPic
 
welc0me to year 2011..today,my 1st day work..coz yesterday i leave..uhuh..c0ti2 malaysia..xde g memane p0ng.dok umah je..s0 cmne mood korang pd tahun baru nie?tahun baru..azam baru..itu yg selalu diperkatakan semua org..hehe..just aku arini nak g tgk the tourist..making nye da mcm best..hope x merugikan ler kalo g tgk mlm nie..uhuh..ade sape2 yg da g tgk ke?ape pendpt korang?10** or 5** jer...hheheh..tgu je s0k aku bg jwpn nye k..j0m kaki wayang!..see u there!