Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, September 30, 2011

Khasiat Pelukan Suami Isteri

Salam,

Arini nak share 1 entry nie berkaitan dgn alam rumahtangga..entry nie diadaptasikan dr news @ freco..hehe..

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.



Tuesday, September 27, 2011

Petua Imam Shafie..

Petua Imam Syafi'e....


Empat perkara menguatkan badan...
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi ...
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan...
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata...
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata...
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran...
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR...
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. * Kalau ada kesudian ..

Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sunday, September 25, 2011

Lelaki yg baik utk wanita yg baik

Salam,

Mungkin selama nie kite selalu dgr ayat nie "lelaki yg baik utk perempuan yg baik"..tol x??
kat cnie aku ade ckit nak share ngan korang..cer bace sendri ye..:)

Di dalam surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....." (baca hingga ke akhir ayat) Ayat ini diturunkan bersempena dengan peristiwa "al-ifki", iaitu ketika Sayyidatina 'Aisyah r.a. difitnah oleh puak-puak munafiq di Madinah telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu'attol.

Allah s.w.t. mempertahankan kesucian 'Aisyah r.a. dan menegaskan bahawa jika benarlah 'Aisyah itu jahat, masakan dia dapat mendampingi seorang manusia paling suci seperti Muhammad s.a.w. dan amat disayangi pula oleh baginda? Pengajaran yang dapat diambil dari ayat ini ialah hubungan intim antara pasangan suami isteri itu hanya berlaku apabila wujud persamaan dari segi akhlak serta cara hidup. Orang yang mulia akhlaknya tidak akan bahagia di sisi orang yang jahat dan begitulah sebaliknya.

Ini tidak menafikan adanya jodoh antara dua insan yang berbeza matlamat serta cara hidupnya seperti Asiah dengan Fir'aun dan pasangan-pasangan lain yang dapat kita saksikan sepanjang sejarah manusia. Semua itu adalah ujian. Lagipun hati manusia ini sering berbolak balik. Hari ini baik, esok berubah, kemudian kembali baik semula. Allahu A'lam.

Allah swt byk Membantu Kite..


Salam & Selamat Malam uolls,

Korang xtido lg ker?aku dok tgk draft kad kawen aku nie,designer bru email..ok ler..kaler merah mak ngah oi..:p just share wit uolls.. nak kad ke?meh bg alamat ckit..:)

any comment??..hang xpyh komen r,coz nie da finalyz..hehe

Thursday, September 22, 2011

Puasa syawal a.k.a Puasa 6

Salam Uolllss..

Arini aku nak share ngan korang psl posa 6,ini kerana aku terpgl untuk menaip entry ini adalah dsbbkan aku ari da ari ke6 aku posa dlm bln syawal nie..so sok hari raya..yeyey..yeh..yeh..

kemeriahan Aidilfitri masih terasa tetapi jangan lupa amalan sunat Puasa Enam. Melaksanakan Puasa Enam akan memberi nilai tambah kepada amalan puasa Ramadhan.

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya :”Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Muslim).

Puasa enam boleh dilaksanakan bermula pada 2 syawal secara berterusan atau juga berselang seli sebanyak enam hari dalam bulan Syawal.

Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa bulan Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun” (HR An-Nasa’i dan Ibnu Majah dan dicantumkan dalam Shahih At-Targhib).

Sayang sangatlah kalau kita tertinggal Puasa Enam hanya kerana sibuk dengan rumah terbuka. Kurbankan enam hari untuk Puasa Enam dan kita masih ada baki 24 hari untuk ziarah hari raya keluarga dan sahabat. Nikmat keindahan luar biasa dapat melaksanakan amalan Puasa Enam hanya dapat dirasai oleh mereka yang tidak meninggalkan amalan yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW.

Alhamdulillah,jika diizinkan Allah dapat la aku berpuasa 6 pd tahun ni.. pd korang yg lom uat leh la stat ari..hehe..ade balance lg 6ari ko bln syawal ini tahun..hehehe..xnak ucap selamat hari raye ke kat aku?sok aku raye tau..hehe..

Tips untuk yg nak kawen..

Salam,

arini da tgl 37 ari utk aku melangkah ke gerbang perkahwinan..pelbagai persiapan & persediaan nak kena disiapkan..tido pun xlena,mandi basah selalu...uhuh..

nie aku ade tip2 preparation utk bakal2 perantin kat luar sane..aku amek dr blog seorg hamba Allah nie..(sbnrnye aku da lupe sape empunye blog itu..sowiiii..)

Panduan Bagi Bakal PEngantin

Senarai Semak PEngantin Perempuan & Lelaki


12bln till 6bln before

  • Pilih tarikh & waktu bernikah
  • Pilih lokasi & waktu jamuan serta membuat tempahan
  • Memesan lokasi & waktu upacara persandingan berlangsung
  • Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
  • Mengatur bajet
  • Pilih penyelaras majlis perkahwinan yang terbaik bagi menata majlis anda
  • Pilih juru andam
  • Pilih catering
  • Pilih juruphoto & juru video
  • Pilih kedai bunga serta penghias lokasi majlis
  • Pilih cincin pernikahan
  • Pilih muzik
  • Pilih kek pengantin
  • Pilih kad jemputan
  • Menghadiri Medical Check up
  • Menghadiri kursus perkahwinan

Tips : Tempoh sebegini membolehkan anda membuat lebih byk survey utk memilih apa yg memenuhi citarasa dan yg palinh penting budget anda. Pilihlah tawaran yg terbaik dgn harga yg berpatutan

4bln before

  • Menyediakan semua urusan persandingan (membyr deposit,pergi fitting baju & check lokasi)
  • Pilih & tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undgn,kek pengantin,bunga pgg,penghias maslij,gubahan hantaran,juru gambar,juru video,muzik)
  • Menghubungi tok imam @ tok kadi dan pejabat Agama Islam
  • Menghubungi saksi pernikahan
  • Memesan buah tgn utk tetamu
  • Merencana bln madu

Tips : Sekiranya anda baru merancang majlis anda pd tahap/tempoh ini,minta pertlgan kwn2 @

Saudara mara yg baru melangsungkan perkahwinan mereka amatlah diperlukan.cuba Tanya cont no.,pengubah htrn dan kedai2 butik pengantin.

2bln before

  • Mula menyenaraikan nama dan alamat pd kad jemputan
  • Buat perancangan majlis bersama pengacara majlis agar ia berlangsung dlm suasana tenteram
  • Mengatur tempt tgl bg saudara mara & rakan terdkt yg dtg dr jauh
  • Merencana tempat berbln madu
  • Mangatur sesi pengambaran di studio
  • Membeli hadiah utk mereka yg terlibat & family
  • Memilih cincin

Tips : Bantuan dr ahli keluarga adalah amat diperlukan pd ketika ini,mintalah bantuan mereka bg meringankan kerja2 anda.

1bln before

  • Mulai mengirim kad undangan
  • Pastikan cincin anda dlm ukuran yg betul
  • Pastikan brg2 utk htrn anda sudah dibeli
  • Memastikan semua urusan persandign & kelengkapan perkahwinan sudah selesai diaturkan

Tips : selalulah berhubung dgn peñata majlis anda agar mereka tidak lupa tugas mereka terhadap anda. Sesetengah piñata majlis sgt2 sibuk terutama di musim kenduri kahwin. Built good relationship with them. Good relationship sgt2 membantu anda terutamanye pd hari majlis berlnagsung.

2mgu before

  • Berikan tarikh sesi pengambrn kpd juru gmbr
  • Memilih muzik
  • Mengirim undangan
  • Mencuba cincin & pastikan ukurannye
  • Bertenang

Tip : Pada tahap ini debaran makin terasa. Cuba bertenang dan berilah ruang pd diri anda. Apa kata keluarlah melepak bersama rakan2 anda. Lupakan seketika kesebukan anda dlm membuat persiapan.

1mgu before

  • Menyelesaikan semua urusan kerja di pejabat sblm cuti
  • Hindarikan konflik. Tenangkan ati
  • Instirehat yg mencukupi
  • Kunjungi Spa

Tips : waktu terbaik mengunjungi Spa. Awas! Bg yg berkulit sensitive.hindarilah kaedah pemutihan kulit kerana takut kulit anda akan mengelupas dan menimbulkan mslh pd hari berlansungnya nanti. Banyakkan berselawat & berdoa,mohon majlis berjalan lancer & diberikan kesihatan yg baik. Saat ini konflik sering terjd diantara psgn. Minimumkan pertemuan anda. Disamping itu boleh membuat anda berasa rindu pdnya & xsabar menunggu hari bahagia.

Hari Bahagia Kite

  • Pastikan anda rehat & mkn dgn secukupnye
  • Mandi sebersihnya agar anda segar
  • Senyum selalu

Tips : hari bahagia anda telah pun tiba! Inilah saatnya. Pastikan anda mahu kelihatan berseri-seri. Seeloknya, berinailah sehari sblm hari perkahwinan. Berinai pd mlm perkahwinan membuatkan bdn bertmbh letih dan muka menjd sembab keesokannya.

Wlau mcmane cantik pun anda mekap, mata yg letih sukar disembunyikan. Serahkan semua kerja2 perkahwinan pd ahli keluarga & org2 yg anda tugaskan. Anda hanya perlu fakir andalah RATU SEHARI pd hr bahagia anda.

*** Selamat Melayari Hari – Hari Indah Bersama Yg Tercinta ****


korang bace n fahamkan..hope tips nie memudahkan korang uat persiapan k.

Selamat Pengantin Baru pd diri sendri...hahahaha..

Friday, September 16, 2011

Bila Ikatan Termetri antara Aku dgn Si Dia


Salam Hari Lebaran & 1 Malaysia;

Arini merupakan ari Hari Malaysia,tp aku bekerja coz nak bg back up leave kawen nanti..uolls uat pe tue?maseh tido @ bersiap2 nak g mengukur jalan ke open house?uhuh..berhati2 dijalan raya..bg kaum2 adam diluar sane,dont forget arini ari jumaat,so bersiap2 la uat amalan wajib k..

entry nie utk hari pertunangan a.k.a engagement day aku aritu.

date : 01.09.2011 (thursday)
venue : kg umbai.
Pasangan yg disygi : mohd dasuki

pg2 aku da bgn ciap2 pas solat subuh..kemas2 umah,kuar kan semua pinggan mangkuk yg nak digunakn utk majlis ku nanti, semua berkerja keras membantu..almaklum la,actually aku ni d ketegori lmbt kawen ckit..heheeh..so anak2 buah aku da besau2,so da lame xde majlis besau gnie..so bebedak semua seronok menolong..
kul 9pg aku da stop tlg kemas,coz mak andam aku a.k.a Cik PN Airiena (touke butik delima andaman kat jasin) dia mem aku mase sek men. da pesan siap awal..bekfes etc..aku nie memandangkan bru pas raye..aku da menelan pelbagai jenis kueh,ketupat selagi dihidangkan dimeja..so badan..cukup la byk lemak2 tepu yg x terbakar..iyer2..aku sengaja simpan utk musim sejukk..uhuh..oleh itu,pg tu aku xbekfes..siap berkoset bagai aku..bg menampakkan ke sliman aku ni..uhuh..sesak napas mak oi..
area kul 9.30pg,mak andam aku pun smpai..sesat kata ko..uhuh..xpe2..awal lg lor..dia bwk 2 beg besi..berisi brg2 make up gamaknye..ape lg,start la dia menconteng pelbagai bahan2 lukisan ke muka aku..uhuh..kul 1030pg,siap..sgt santek oulllsss..nak tgk??..nak.nak..nak..


aku tgk sendri pun terkezut..aku kah??hahha..tunang dasuki ke nie?uhuh..aku tgk byk sgt camera,so aku jd lupe diri jap..hahaha..pelbagai posing aku pose..aksi batman je aku x uat aritu..hahahah..nie hantaran bg pihak perempuan utk pihak lelaki...


Ini hantaran dr pihak lelaki:



A few pic for that day..have r nice day!..dont gaduh2 k..:)