Tulisanku
Monday, June 18, 2012
KULIT BERSERI KETIKA HAMIL
Banyak perubahan pd kulit berlaku pd masa pregnant nie..then skrg da 32w,sy menghadapi ruam panas d bhgn pinggang..ckit jer,tp gatal ooo...
so sy try search cmne nak bg reduce ruam panas nie,so kat cnie st jumpe ade beberapa perubahan kulit n cara mengatasinye sepjg proses kehamilan..
Sepanjang tempoh kehamilan, sebahagian wanita kelihatan begitu berseri-seri manakala yang lainnya pula mengalami masalah kulit. Walaupun ia sukar diatasi, ia sebenarnya masalah yang biasa dan tidak membimbangkan.
Perubahan hormon yang berlaku semasa hamil akan menimbulkan masalah kepada kulit anda. Di sini kami senaraikan beberapa masalah kulit yang biasa dialami dan bagaimana anda boleh mengatasinya:
Tompok hitam di dahi, pipi dan leher
Juga dikenali sebagai Melasma atau Chloasma dan biasanya dialami oleh wanita yang berkulit gelap. Ianya akan bertambah teruk sekiranya anda lama berjemur dan terdedah pada cahaya matahari atau sinaran ultraungu (UV).
Penyelesaian: Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari. Pakai krim penghadang cahaya matahari dengan SPF 15 ke atas apabila berada di
luar rumah.
Bengkak di muka
Berlaku pada tempoh 3 bulan terakhir kehamilan, sesetengah wanita akan mengalami bengkak pada kelopak mata dan muka disebabkan penakungan cecair.
Penyelesaian: Bengkak pada muka akan hilang apabila tiba masanya. Namun, sekiranya ia disertai dengan penambahan berat badan yang mendadak, segera berjumpa dengan doktor. Ia mungkin kerana terdapatnya penakungan cecair berlebihan yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi semasa hamil.
Sekelompok kecil kapilari pecah di muka dan dada
Sepanjang kehamilan, peredaran darah di seluruh tubuh meningkat dan ini memberikan tekanan kepada kapilari. Maka, wujudlah jaluran labah-labah saluran darah di sekitar kulit.
Penyelesaian: Elakkan muka dan dada anda daripada terdedah kepada kesejukan atau kepanasan melampau kerana ia boleh lebih memburukkan masalah anda.
Satu jalur hitam di bahagian tengah perut
Linea nigra selalunya timbul pada trimester kedua kehamilan dan ia disebabkan oleh pigmentasi di bahagian tengah abdomen. Ia terjadi apabila berlakunya peningkatan penghasilan hormon rangsangan melanosit.
Penyelesaian: Ia akan pudar beberapa minggu selepas bersalin.
Rasa gatal pada abdomen
Apabila perut anda semakin membesar, kulit anda akan meregang dan menjadi nipis. Kulit juga mudah kering. Kegatalan biasanya akan hilang selepas bersalin.
Penyelesaian: Guna krim pelembap untuk menghilangkan rasa ketidakselesaan. Juga elak daripada terdedah kepada panas keterlaluan kerana anda akan berasa lebih gatal apabila berada di tempat panas. Jika rasa gatal menjadi semakin teruk, doktor akan beri rawatan atau terapi sinaran ultraungu.
Ruam panas
Tindak balas hormon pada kelenjar peluh di seluruh badan menyebabkan wanita lebih banyak berpeluh semasa hamil. Justeru, ruam panas adalah masalah biasa yang dialami oleh wanita mengandung.
Penyelesaian: Sapukan bedak biasa atau bedak tepung jagung selepas mandi untuk mengurangkan rasa panas pada ruam. Elakkan mandi dengan air yang terlalu panas dan pastikan kulit sentiasa sejuk dan kering sepanjang masa.
Tahi lalat dan bintik-bintik
Anda mungkin perasan terdapatnya tahi lalat dan bintik-bintik pada kulit anda. Tahi lalat yang timbul semasa hamil biasanya tiada kaitan dengan barah kulit.
Penyelesaian: Berjumpa dengan doktor sekiranya terlalu banyak tahi lalat yang timbul dan terdapat perubahan saiz dan rupa padanya.
Urat darah kebiru-biruan di kaki
Vena varikos terjadi apabila saluran darah membesar kerana berlakunya peningkatan aliran darah kepada bayi. Walaupun tidak serius, ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan kesakitan.
Penyelesaian: Elakkan berdiri lama sangat. Sentiasa bersenam atau gunakan sarung kaki yang mampat untuk melancarkan aliran darah di kaki anda.
http://www.mypositiveparenting.org
Labels:
Ibu and Baby
Saturday, June 16, 2012
Pergerakan Bayi Semasa Kehamilan
Bila first time kita merasa baby di dalam perut ini bergerak?
Bagi aku,pergerakan bayi aku dpt aku rase dlm 16weeks..tp mase tue doc xpercaya,coz awalnye da rase..then mase doc scan,baby sgt aktif..hehehe..
so ni ada info yang boleh di kongsi mengenai pergerakan bayi semasa kehamilan :
Bilakah pertama kali saya merasakan pergerakan bayi saya?
Sensasi pergerakan lemah lembut bayi yang dirasai pada peringkat awal kehamilan merupakan satu saat yang amat penting bagi anda. Dan apabila pergerakan lemah ini berubah menjadi tendangan-tendangan kuat, anda akan pasti bahawa kehamilan anda berkembang dengan sempurna.
Jika anda sedang hamil buat kali pertama, anda mungkin tidak akan menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak, sebab anda belum pernah mengalami sensasi pergerakan tersebut – sebenarnya, ramai wanita menyatakan bahawa pergerakan awal itu menyerupai denyutan yang lembut dan halus.
Bagi kehamilan pertama, anda mungkin mula menyedari pergerakan ini antara minggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi kehamilan seterusnya, di mana anda sudah dapat mengenali petanda tertentu, pergerakan ini akan disedari lebih awal lagi, iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.
Apakah yang bayi buat di dalam itu?
Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin maju dan matang.
Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan.
Untuk makluman anda, berikut diberikan sedikit panduan tentang apa yang akan berlaku kepada bayi anda semasa ia sedang membesar dalam kandungan.
Dari minggu ke-20 hingga ke-24
Aktiviti bayi anda akan bertambah perlahan-lahan dari minggu ke minggu. Pada minggu ke-20, dan selama 10 minggu berikutnya, bayi anda akan melalui perkembangan yang amat giat di mana ia akan banyak menendang dan berpusing-pusing.
Dari minggu ke-24 hingga ke-28
Bayi anda akan mula tersedu, dan inilah sebabnya anda kadang-kala mengalami pergerakan tersentak-sentak. Sak amnion (ketuban) anda pada masa ini mengandungi cecair sebanyak 750 ml (26 fl oz) yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Walaupun bayi telah lama dapat mendengar bunyi, baru sekarang anda mendapati bahawa bayi tersentak apabila mendengar bunyi-bunyian yang mengejutkan.
Pada minggu ke-29
Bayi anda akan mula membuat pergerakan jarak kecil yang lebih mantap, disebabkan ia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.
Pada minggu ke-32
Pergerakan bayi anda berkemuncak pada masa ini, dan pada minggu-minggu berikut anda akan mendapati bahawa kekerapan serta jenis pergerakan semakin bertambah disebabkan bayi anda terus membesar dan menjadi lebih kuat.
Dalam lingkungan minggu ke-36
Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama sebab otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasakan adalah pukulan tangan dan kaki bayi anda, dan bayi juga akan membuat tendangan kuat dan perit terhadap tulang rusuk anda.
Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan.
Baca lebih lanjut mengenai bagaimana tahu bila sudah tiba masa bersalin.
Dari minggu ke-36 hingga ke-40
Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali.
Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.
Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan
Pada minggu-minggu terakhir, bayi anda akan menetap dalam mangkuk pelvis anda, dan bersiap sedia untuk dilahirkan. (Sekiranya ini tidak berlaku, nasihat lanjut boleh diperolehi dari kami tentang bagaimana meletakkan bayi anda dalam posisi optimum untuk kelahiran). Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan kepada lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati semasa hendak duduk.
Apabila kepala bayi menurun lagi ke dalam pelvis anda, anda akan terasa "ringan", disebabkan tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk anda tidak begitu kuat lagi.
Pada peringkat ini, anda tidak akan mengalami pergerakan yang dibuat oleh keseluruh badan bayi. Di sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, yang dipengaruhi oleh posisi bayi tersebut. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda.
Ada masa-masanya bayi anda akan diam berehat dan ada masa-masanya anda akan mengalami aktiviti bayi yang berlebihan, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur!
Berapakah tendangan yang patut saya rasakan dalam satu hari?
Semasa anda sedang sibuk, anda mungkin kurang menyedari pergerakan bayi anda. Anda akan lebih menyedari pergerakan ini semasa anda sedang duduk berehat.
Kajian aktiviti fetus menunjukkan bahawa pergerakan bayi semasa dalam rahim menunjukkan pola berjaga dan tidur yang berlainan – tiada jumlah tendangan yang boleh dianggarkan secara purata – namun begitu, setelah sampai ke peringkat akhir dalam kehamilan, anda mungkin sudah mengetahui dan boleh menentukan pola pergerakan bayi anda.
Saya tidak terasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang?
Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Sekiranya anda mahukan ketenangan fikiran, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:
• Baring secara mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak.
• Angkat kaki ke atas dan relaks.
• Halakan bunyi musik ke perut anda.
Tidak lama dahulu, wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat jumlah 10 tendangan, seelok-eloknya pada masa yang sama setiap hari. Walau bagaimanapun, carta seperti ini telah menjadi kurang popular disebabkan penyimpanan rekod sedemikian mudah dilupai, dan juga didapati sukar untuk memadan dan mengimbangkan pola tendangan tersebut. Ini telah menyebabkan kebimbangan di kalangan wanita berkenaan yang tidak sepatutnya berlaku.
Sebaliknya, fahamilah pola gerakan bayi anda dalam waktu anda berjaga dan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, hubungilah doktor anda dengan segera.
Info : http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/pergerakan-bayi/
Labels:
Ibu and Baby
Thursday, April 12, 2012
Thursday, March 1, 2012
Barang-barang Keperluan untuk Menyambut Kedatangan Baby..So0ooo..Excited!..^_^
1. Pakaian
-Baju lengan panjang
-Baju lengan pendek
-seluar panjang
-seluar pendek
-set sarung tangan dan kaki
-barut
2. Peralatan mandi
-tuala
-besen
-cecair mandian
-bedak bayi
-minyak bayi
3. Peralatan tidur
-selimut
-kelambu
-alas tilam
-getah
-set tilam
-katil
4. Peralatan penyususan bayi
-botol susu
-berus botol
-Breast pump
5. Peralatan Penukaran lampin bayi
-kain lampin
-lampin pakai buang
-pin
-seluar plastik
Rujukan :Majalah Pa& MaMac 2004 pg 20
PRIORITY :
1. Baju baby
(perbanyakkan seluar panjang tapi tangan pendek..(sbbnya kalau awal2 kan nak bedung baby, jd tak perlu tangan panjang..nnt panas.. kalau umah panas bykkan jenis berlubang, baju comel2 kiut2 nie boleh dipakai utk kuar berjalan..kalau dlm pantang tu nak jalan ke mana pun kan.. )
2. Topi
(topi yang jenis lembut tu..sbb nak tutup kepala baby lepas mandi, in case tak beli selimut yang ada hood) lagi satu nak pakai time gi hospital/klinik utk imunisasi..)
3. Sarung tangan & stokin
(perbanyakkan yang lubang2..so udara boleh masuk..tak la berpeluh2 baby tu)
4. Barut
Ramai orang suggest beli yang jenis zap-on dari yang bertali sebab baby normally bukan baring diam2.. so yang zap-on ni susah ck8 nak terbukak.
5. Minyak bayi
boleh dibeli di farmasi (minyak yu yee atau Telon)
6. Selimut baby
penting especially baby dalam usia harian/mingguan, sbb lepas mandi/nak tido/malam mesti la nak kena selimut kan
7. Tuala
(biasa beli jenis Anakku/Pureen... yang mcm2 kaler tu..ada putih ada pink ada biru, beli lebih pun tak apa sbb nnt nak bagi kat nursery atau baby sitter)
8. Diapers
(ini pun turun temurun pakai Mami Poko New Born, insyaAllah lembut dan tak ada ruam) ~mengikut kata pengarang~
9. Krim DRAPOLIN
(ini beli kat farmasi Guardian, untuk mengelak ruam atau kemerah-merahan di celah-celah..cthnya di paha, atau siku/ bahagian sulit bayi.. ini akan digunakan selagi anak pakai diapers.. jadi berbaloi kalau beli... better to prevent than cure.. )
10. Set tilam/katil
Ini boleh beli yang 1 set.. mcm skrg nie byk jual kat online yang ada ropol2 tu.. tapi tu kalau ada budget lebih..kalau nak senang cr kat bahagian bayi di shopping complex..cuma kena tgk material jugak takut baby panas lak kalau beli kain yang ala2 getah tu..kalau nak beli jenis kekabu lagi best dan empuk kan.. biasanya mak akan buatkan bantal kekabu utk baby.. jd tak la risau bantal tu tinggi..nnt sakit tengkuk baby.. baby yg baru lagi tak memerlukan bantal yang tinggi.. kadang2 tu just lapik kain batik je..
11. Set bantal berkembar dgn bantal golek
haa nie penting gak utk letak kat dlm kelambu.. sbbnya kalau letak dlm kelambu mcm tak berapa nampak nak monitor kan.. jd kalau bantal tu melekap antara satu sama lain tak la risau bantal naik atas baby..
12. Kelambu
Boleh beli jenis zip, lipat, atau payung.
13. Botol susu
Beli botol kecik sbb baby minum skit je.. kalau boleh beli botol yang plg kecik utk isi air masak.. pastu utk susu beli yang medium tu... sekarang dah ada jual botol BPA free.. selamat utk baby.. tapi zaman dulu2 kurang alert psl nie..
14. Breast Pump
Penting untuk dibawa ke hospital semasa nak bersalin tu, sbb utk first time breastfeeding mungkin perlukan bantuan pump utk keluarkan susu.. kadang2 bukannya baby terus pandai menyusu kan.. jd kalau dah stimulate dan kuar susu baru la baby leh nyusu
15. Toileteries
baby shower
sikat
baby oil
bedak
(biasanya tak pakai shampoo lagi utk awal2 nie.. tapi takpe beli je siap2.. baby shower, sikat, minyak zaitun (in case nak sapu kat kepala kalau ada putih2 kat kepala baby..kalau takde tayah la letak, kdg2 minyak zaitun nie leh guna utk urut2 baby, biasa beli jenis Pureen nie pun akan pakai lama..sampai anak dah besar utk letak kat rambut)
16. Tisu basah/baby wipes
(ni sangat penting utk lap kalau baby buang air, especially baru2..takkan nak basuh ngan air selalu kalau baru lahir tu..nnt sejuk)
17. Lampin
(in case nak selimut/bedung/lap2 bayi sbb lampin kan lembut)
18. Baby bouncer
19. Liquid cleanser
(jenis Pureen, detergent basuh botol)
20. Besen mandi (tab)
21. Berus botol baby
22. Puting susu
(silicon, kalau nak yang lembut beli yang warna kuning jenis pigeon)
23. Storage
(utk isi semua barang2 di atas.. awal2 nie biasanya orang letakkan dlm storage box yang ada roda tu.. senang nak tolak ke sana ke sini.. )
24. Tikar getah
(utk lapik waktu nak tukar diaper baby, takut basah tilam)
KURANG PRIORITY
1. Stroller
(tunggu dia besar sempat beli)
2. Baby cot
(tapi sstgh org dah beli utk anak sulung.. byk belanja nye kalau beli baby cot nak kena beli tilam.. pastu tingin nak beli kelambu rambu ramba pulak..pastu kena beli stand utk kelambu..kena beli circuiting utk elak bayi terantuk, jd bukan priority la.. baby pun rasanya kurang selesa kalau awal2 sgt tido kat cot), kadang2 kita sendiri tak selesa asyik risaukan baby kot dia muntah dlm cot tu tak nampak la pulak kan.. sbb adabumper pad..)
3. Play pen
4. Baby car seat
(ini maybe akan dipakai, tapi bukan dlm masa berpantang kan.. )
5. Buaian
(jangan beli yang bentuk curve tu..beli yang stabil macam empat segi..sbb dikhuatiri akan terbalik kalau baby dah berat..)
6. Beg baby
utk isi peralatan bayi.. (bukan priority sbb kadang2 org akan hadiahkan..nnt byk pulak.. lagipun beg nie kegunaanya utk hantar ke nursery/baby sitter... after 2 months la kan)
KELENGKAPAN IBU
1. Maternity pad
(jenis Pureen's Madame. lembut)
2. Nursing pad
(ada 2 jenis, kain/disposable) kalau kain tu boleh basuh tapi tak melekap..kalau disposable melekap..tak mudah jatuh)
3. Barut ibu
4. Jamu/ubat bersalin
(ada org makan Nona Roguy, Phytonatal sahaja, sbb nye tak biasa makan jamu, breastfeed biasanya tak digalakkan makan jamu awal2 sbb nnt akan effect pada baby..panas)
5. Stokin ibu
nie byk pun takpe..sbb akan pakai masa dlm berpantang..jd tak payah sibuk2 nak kena basuh hari2..
BEBERAPA PHASE UNTUK BAJET
phase 1:
utk beli barang2 di atas nie kan (yang priority)
phase 2:
utk persediaan tambahan bayaran sekiranya ada tambahan kos di hospital..contohnya kalau kena caesaerean atau utk tambahan bayaran bilik wad sekiranya nak single bedded..tapi ada setengah2 hospital dah cover semua kos.. dan tambahan kos juga depends kat jenis ubat/option yang kita amik semasa bersalin..cthnya kalau tgk pengalaman kawan2.. kalau amik epidural/ gas/ injection/ vacuum/ apa2 tambahan utk mengurangkan kesakitan mmg kena bayaran lebih.. time tu tak kira dah kan yang penting selamat.. jadi kena prepare la kad kredit..
phase 3:
ini utk kegunaan selepas bersalin.. contohnya utk aqiqah/cukur cambul/belah mulut/pijak tanah.. selalunya aku akan buat aqiqah semasa dlm pantang..sbb time tu kat kampung senang nak beli kambing.. tak perlukan kenduri kendara pun..yang penting agih2 kan daging aqiqah tu..kalau ada budget lebih boleh la buat semuanya sekaligus mcm majlis cukur jambul tu...
PERSIAPAN SEBELUM KE HOSPITAL
1. Pakaian si ibu..
(t-shirt, kain batik, underwares, pad, berus gigi, ubat gigi) & jangan lupa pakaian lawa utk balik umah lepas discharge.. kad perubatan/dokumen2 berkaitan
2. Breast pump/botol susu
3. Set pakaian baby
(1 pasang sudah memadai utk pakai balik je.. masa di hospital nurse akan pakaikan baju seragam hospital), jgn lupa selimut/topi just in case kalau balik di tengah hari..nnt panas kepala baby)
4. Peralatan asas lain
camera, pakaian si bapa (kalau dia nak tunggu).. sweater..
5. Makanan tambahan (biskut/milo 3 in 1)
Ini sangat penting sbb selalunya si ibu akan lapar tahap gaban..di hospital kan ikut masa..dibuatnya lapar tgh malas tak ke susah.. kalau si ibu tak lapar pun mungkin yang menunggu tu akan lapar tahap gaban..hehe
6. Tisu lembab/baby wipes
Selalunya nurse akan tinggalkan baby utk breastfeed..dan kalau si ibu nak berehat boleh la panggil nurse jaga baby... time baby di dlm blk ngan si ibu nie maybe dia akan buang air kan.. tapi kalau aku biasanya aku akan panggil nurse bersihkan..
7. Diapers
Biasanya akan diberi oleh pihak hospital.. tapi kadang2 daku tak puas hati dgn jenis diapers yang derang pakaikan..ceh bayar mahal2 tapi derang still nak jimat kos jugak.. apa leh buat..simpan je la diapers yang derang bekalkan tu..
Labels:
Ibu and Baby
Subscribe to:
Posts (Atom)