Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, October 25, 2011

Tudung OH Tudung.

TUDUNG YANG DIPINKAN KE BELAKANG; MENYAMAI BIARAWATI KRISTIAN?

Soalan; Salam ust, Saya ada satu kemusykilan berkaitan dakwaan tentang cara pemakaian tudung yang diikat@dipin di belakang leher seperti trend sekarang adalah mengikut cara pemakaian biarawati kristian.Adakah dakwaan itu benar walaupun si pemakai (wanita islam) tidak pernah mempunyai niat sedemikian, hanya pakai tudung dengan meng'pin'kan di bahagian leher bagi menampakkan kekemasan.Harap ust dapat memberikan penjelasan.

Jawapan;

Cara pemakaian tudung yang dituntut oleh Syariat ialah dengan menutupi seluruh kepala (rambut), bahagian leher dan labuh hingga ke dada. Ini sebagaimana arahan Allah;

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)

Mengenai fesyen, tidaklah disyaratkan fesyen tertentu asalkan ia memenuhi kehendak ayat di atas. Warna juga tidak dihadkan kepada warna tertentu, akan tetapi hendaklah dipastikan tudung yang dipakai tidak jarang dan tidak mempunyai corak yang terlalu menarik perhatian lelaki atau corak-corak lain yang tidak sesuai dengan idenditi wanita Islam. Warna yang disukai Rasulullah ialah warna putih sebagaimana sabdanya; “Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu” (HR Imam at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah dan Musnad Imam Ahmad dari Samurah bin Jundab r.a.).

Mengenai penyerupaan/peniruan kepada orang kafir, Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam- bersabda; "Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut" (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar). Menurut Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam). (Lihat; Tafsir al-Quran al-Adziem, surah al-Baqarah, ayat 104).

Namun para ulamak menjelaskan; maksud peniruan/penyerupaan kepada orang kafir atau orang fasik yang dilarang ialah yang khusus bagi sesuatu kaum kafir atau fasiq iaitu yang menggambarkan indentiti mereka, seperti; salib (yang melambangkan agama kristian), sabit dan penukul (lambang komunis), lambang nazi, pakaian-pakaian orang fasiq (seperti gaya berpakaian artis-artis Barat), gaya-gaya rambut orang fasik dan sebagainya. Adapun pakaian yang dipakai oleh orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa seperti seluar, baju kemeja, kot dan sebagainya atau berlaku kesamaan/keserupaan secara kebetulan seperti jubah litup yang dipakai oleh imam-imam, ulamak-ulamak dan dipakai juga oleh paderi-paderi Kristian dan Yahudi, kopiah yang dipakai oleh orang-orang Islam dan turut dipakai oleh sebahagian penganut bukan Islam (seperti orang Yahudi), tudung kepala (yang turut dipakai juga oleh paderi-paderi wanita kristian) dan sebagainya, penyerupaan/kesamaan secara umum atau kebetulan ini tidaklah termasuk dalam larangan hadis kerana ia bukan bersifat khusus bagi sesuatu kaum kafir atau melambangkan identiti agama mereka.

Adakalanya suatu pakaian menjadi identiti agama di satu tempat, tetapi di tempat lain ia adalah pakaian biasa yang tidak melambangkan agama. Maka ditempat lain itu, tidaklah dianggap menyerupai penganut agama lain jika ia dipakai oleh orang Islam. Imam Malik pernah ditanya hukum memakai sejenis pakaian bernama al-Burnus.[1] Ia menjawab; "Harus". Dikatakan kepadanya; "Tetapi ia adalah pakaian rahib-rahib Nasara (ahli-ahli ibadat Kristian)". Imam Malik menjawab; "Ia di sini (di Madinah) dipakai oleh orang ramai". Begitu juga, suatu pakaian mungkin pernah menjadi identiti agama di satu masa, namun setelah zaman berubah, ia tidak lagi menjadi identiti agama. Imam Ibnu Hajar ketika mengulas tentang sejenis pakaian yang bernama al-Mayasir al-Arjuwan yang dilarang oleh Nabi di zamannya, beliau (yakni Ibnu Hajar) berkata; Pakaian tersebut jika sebab larangannya adalah untuk mengelak dari mengerupai orang-orang asing (orang-orang bukan Islam) maka larangan tersebut adalah kerana maslahah agama. Namun oleh kerana pakaian itu hanya menjadi syiar agama pada ketika itu sahaja iaitu pada zaman mereka masih kafir, kemudian hari ini ia tidak lagi menjadi syiar agama, maka larangan tersebut telah hilang. (Lihat; Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj....). Apa yang disebut oleh ulamak itu mungkin boleh kita samakan dengan masalah pemakaian cepiau (topi).[2] Pada zaman dulu, pemakaiannya difatwakan haram oleh ulamak-ulamak kerana ia adalah topi penjajah. Apabila seorang muslim memakainya pada ketika ia seolah-olah dari kalangan penjajah atau yang pro penjajah. Namun hari ini, faktor yang menyebabkab larangan itu telah tidak ada lagi, maka tidak ada ulamak yang memfatwanya sebagai haram dipakai oleh orang Islam hari ini.

Untuk memudahkan kita membezakan bentuk penyerupaan yang harus dan yang tidak harus, di bawah ini dikemukan beberapa dhabit yang diberikan ulamak;
1. Berkata Imam al-Qurthubi; "Jika suatu pakaian telah menjadi identiti khusus bagi golongan fasik atau golongan yang suka berpoya-poya, dilarang orang lain memakainya" (Faidhul-Qadier, 6/104).
2. "Semua jenis pakaian yang boleh menimbulkan tanggapan kepada orang yang melihat bahawa si pemakainya adakah kafir atau dari kelompok fasik, maka ia adalah penyerupaan yang dilarang agama" (Syeikh Abdul-Wahhab Tawilah).
3. "Yang dikehendaki dengan menyerupai orang-orang kafir yang dilarang itu ialah menyerupai mereka dalam perkara yang menjadi identiti khusus mereka dalam adat-adat (kebiasaan-kebiasaan hidup) dan menyerupai mereka dalam perkara-perkara yang direka mereka dalam agama mereka merangkumi urusan-urusan aqidah dan ibadah-ibadah mereka" (Majlis Fatwa Arab Saudi, 3/307).
4. "Cara untuk menilai penyerupaan (yang dilarang) ialah; orang yang meniru/menyerupai ia melakukan suatu perbuatan yang menjadi identiti khusus orang yang ditiru. Maka maksud menyerupi orang-orang kafir (yang ditegah agama) ialah seorang muslim melakukan sesuati yang menjadi identiti khusus orang-orang kafir. Adapun perkara yang telah tersebar di kalangan orang-orang Islam dan tidak lagi menjadi ciri-ciri khusus orang kafir, ia tidaklah dikira penyerupaan dengan mereka. Maka ia tidaklah diharamkan kerana faktor penyerupaan walaupun mungkin diharamkan kerana faktor yang lain" (Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin).

Merujuk kepada soalan di atas, apakah tudung yang dipin ke belakang itu benar-benar menyerupai biarawati kristian?, persoalan ini perlulah diselidiki lebih lanjut. Namun secara zahirnya, di Malaysia ini wanita-wanita Islam yang memakai tudung sebegitu tidaklah dilihat oleh orang lain sebagai biarawati kristian atau orang yang ingin meniru mereka. Ia mungkin berlaku secara kebetulan. Oleh itu, pada pandangan saya ia tidaklah boleh kita anggap sebagai menyerupai biarawati Krisrian secara dasarnya. Namun dari segi pemakaian tudung, hendaklah dipastikan ia mematuhi ciri-ciri tudung yang ditetapkan Allah tadi.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Fiqh al-Albisah wa az-Zinah, Abdul Wahhab bin Abdus-Salam Tawilah, hlm. 182.
2. Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj....
2. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (Islamqa.com), no. 69789.

Nota hujung;

[1] Burnus; tutup/tudung kepala bersekali dengan baju atau jubah (lihat; Kamus al-Marbawi). Ia dipakai oleh rahib-rahib Kristian.
[2] Cepiau; Syeikh Idris al-Marbawi dalam kamusnya (Kamus al-Marbawi) menyebutkan; ia haram dipakai.

Monday, October 24, 2011

Cahaya Cinta Kami..

♫♫..Dia telah menentukannya*Kita bertemu dan bercinta*Inilah oh takdirnya *Bukan kerana harta *Inilah citra cahaya cinta..
*Pintu hatiku telah kau buka *Tak mampu ku menafikannya *Kejujuran diberi *Kasih datang terhenti *Ini bahagia yang ku cari*Sayangi daku *Peluklah daku *Janji dengan ku *Semai cinta nan satu..
*Tuhan menguji *Takkan berhenti *Hanya ku pinta *Sama setia menjaga *Hingga ke alam syurga♫♫..Dedicate to Incik Rizki Che'.
.

Dasuki ooo Dasuki

Tega ku berdiri sepanjang malam
Mengintai dada langit yang tersergam
Dengan menitip doa dan impian
Di saat melintas sang kelodan
Kau di sisiku sentiasa
Dasuki..

Kudambakan kita hidup bersama
Sepasang kekasih teman yang setia
Asalkan kau sudi ku kan bahagia
Kerna ku percaya
Jiwa kita satu tak terpisah
Dasuki..

Bila malam mengundang hujan
Hadiahkan jutaan rintangan
Niat yang asal tetap kan kukotakan
Hendaknya hajatku kesampaian
Kau di sisiku sentiasa
Dasuki.

Ku dah cuba hidup tanpa dirimu
Terbukti duniaku haru biru
Mudah hilang punca dan arah tuju
Fikiran meracau tak menentu
Emosi terganggu

Hariku kelabu
Bantulah aku
Bantulah oh Dasuki..
Katakanlah pada ku kau juga sama
Sama merasa seperti ku Dasuki..
Kita menjejak erti cinta yang sama
Ooo...

Ku dah cuba hidup tanpa dirimu
Terbukti duniaku haru biru
Mudah hilang punca dan arah tuju
Fikiran meracau tak menentu
Emosi terganggu
Mengapa bisa jemu
Mengapa bisa rindu
Mengapa bisa jadi begitu

Aishiteru - I love u..bkn menunggu..

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

Wednesday, October 19, 2011

Insan yg berNama WaniTa..♥

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata.

""Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia
tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Saturday, October 15, 2011

Tentang Kami Ber2..


Wanita Berkerjaya Kahwin Lambat..Fakta @ Auta??

As'salam uo0llls,

Entry kali nie,aku nak share ngan korang semua psl " wanita Bekerjaya Kahwin Lambat" dimana kebenarannye statement nie..jom kite kupas same2..

kalo ikot statistic yg aku uat sendri..zaman skrg nie,ramai wanita yg cerdik pandai..so kalo diikotkan umur lepas SPM,result ade byk A++ so dpt sambung masuk U ke Matriks ke pra sains ke...paling2 pun amek STPM.. pk muda lg,so belajau jer le...amek diploma 3tahun,umur 21tahun da abes belajau,
pastu rase xcukup hebat,coz diploma da xberapa byk vacancy skrg nie..so further study amek degree lak,2tahun setengh..umur 24tahun da abes belajau..cerdik gamaknye xde extend semp..hehehe..pastu pk amek master pun ok gak,nanti leh jd lecturer..sambung master 3thn..uhuh..da 27thn umurnye..ooo0ooo..time to find job,1/2year..so umur 27thn 1/2 da dpt koje..gaji erm..3k ~~ 4k,so mak ayah bru tanye,bile nak kawen..da ade bf ke?..so kite pun jawab,nanti r nak bli kete dlu..hehehe..pastu..setahun koje,dpt la bli kete..time to searching bf lak..hehehe..
nak dpt bf yg encem+baek+berkerjaya bkn senang ooo...bkn leh carik kat pasar2 mlm or di mukabuku..so disebabkan ini lah,majoriti wanita bekerjaya kawen lmbt,..
kenkdg diaorg nie ade reason tersendri,..mybe experience, selesa dgn kehidupan skrg,lom mau komitment...etc..
korang yg kat luar sane yg lom kawen,cpt2 carik bf yer...doa byk2..semoga dipermudahkan jodoh masing2..:)

tatatata..bye.

Persiapan Kahwin

Salam Uolls;

Ikot calendar lg 14hari aku nak dinikahkan..so preparation setakat nie semua ok..

en yg tukang nikah: ayah aku sendri Hj Ab Wahab Ahmad
Venue : Umah Hj Wahab ler..
Tarikh : 29.10.11 (Sabtu)
Masa : 09.30pg (waktu tempatan jer...)
Pengantin Perempuan : Nadia
Pengantin Lelaki : Dasuki
Categori: Encem & Santek
Pekerjaan : Planner & SHO
Hantaran Pihak Lelaki : 7 dulang
Hantaran Pihak Perempuan : 9 dulang
Baju Nikah : Ready da..
Baju Sanding : Ready da..
Theme : Islamic
Perasaan : Love each others! ♥♥

p/s : Doakan Kebahagiaan kami bersama didunia & diakhirat..semoga kami dikurniakan zuriat yg soleh n solehah,dimurahkan rezeki,..amin..kalo ade masa dtg la yer!..hehe

Saat Sedih..

Salam uolllss,

Ade tgk kite aku nye header?hehehe..1st trial..not bad rite??heheh..so arini just nak story ler ckit, smlm aku Emergency Leave a.k.a EL coz my grandmother passed away yesterday moning..dlm kul 8.27pg (ikot tarikh dlm surat mati...)uhuh..sedih gak,aku shoot dr mencheh dlm kol 8.45pg,coz nak packing brg2 bagai..smpai kg,dlm kol 9.50pg..uhuh..

nenek aku dikatakn dlm surat tue sakit radang paru-paru..uhuh..sebenornye dia sakit tua jer..tp nak djdkn sebab,kuman da masuk dlm paru2 dia..Al-Fatihah uat nenek aku Yah binti Md Amin..berusia 74tahun..semoga rohnye dicucuri rahmat..amin..(korang yg ade terbace entry nie pun tlg ye sedekahkan Al-Fatihah uat nenek aku..

p/s : aku ade terpk dlm mgu nie ttg nenek aku nie,aku nak bwk suami aku a.k.a abg ki jumpe nenek pas aku nikah nanti,tp Allah swt lebih sygkan dia..xpe2 nenek,nenek da dpt jumpe atok Ahmad ye..rindu nenek..:(